Rabu, Oktober 10, 2007

8 Weeks 3 days


Aku makin rasa tidak selesa terutama di bahagian perut. Pertama, perut makin buncit. Aku sudah tidak boleh memakai seluar jeans lagi, kerana perut akan rasa sakit kerana ketat. Tapi, entahlah. Adakah perut aku menjadi buncit kerana sudah 8 minggu atau aku sememangnya seorang yang buncit (sejak dulu)

Kedua, perut aku rasa seperti ada benda.. Ada banyak angin, rasa sangat mual.. Sangat sangat tidak selesa. Aku tidak boleh makan banyak, nanti rasa seperti perut mahu pecah. Rasa senak dan sesak nafas. Dan aku tidak boleh lapar. Nanti perut masuk angin lalu aku mahu muntah. Seksanya rasa ini.

Ketiga, aku sangat sensitif. Sangat mengada2 dan sangat emosional. Lebih2 lagi bila org yang aku perlukan, orang yang aku sayang tiada di depan mata. Jauh beribu batu. Dan aku akan merajuk setiap hari tanpa sebab dan menangis merengek-rengek seorang diri. Sakit! Tengok cerita happy pun aku akan menangis, tengok cerita sedih pun aku akan juga menangis.. Terbaru, aku mengugut suamiku untuk berhenti kerja dan duduk di Malaysia untuk menjaga dan mengurut aku setiap malam. Aku juga marahkan mama kerana membawa masuk makanan ke bilikku ketika aku tidak mahu makan.. Sakit! Aku semakin melukai orang-orang yang sayang padaku.. Dengan itu, aku lebih suka habiskan masa untuk tidur untuk hilangkan rasa merajuk itu. Tetapi bila bangun, situasi sama berulang.. Aku bosan.. Aku sedih.. Aku malas..

Keempat, di dalam almari, sudah tidak ada banyak pakaian untuk aku pakai. Heels aku semua sudah tidak berguna. Arrgghhh! Aku sudah makin hodoh!

Kelima, aku benci seatbelt!!

Keenam, aku benci bangun pagi!

Ketujuh, aku nak makan laksa penanggggggggggggggggggg... Lapaaaarrr!!! Huwaaaa...

Kelapan, eh dah ah.. Malas aku nak taip panjang2.. Manalah aku nak carik laksa penang pagi2 buta di bulan puasa ni? Hermmm.. Sedapnya kalau makan panas2 lepas tu letak kuah banyak2 then letak cili padi banyak2.. Sluuurrrpppp...