Rabu, September 19, 2007

Kita berpuasa lagi...

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan datang lagi.. Setiap kali bulan ini menjelma, otak aku mesti akan laju berpusing, fikir tentang apa yang aku mahu makan atau minum. Hihikhik.. Kadang2 aku jadi konfius.. Sama ada aku ingin makan kerana mengidam ataupun kerana nafsu bulan puasa.. Entahlah.. Ah! Tak kisahlah.. Asalkan aku tidak teringin mahu minum Long Island Tea sudahlah!

Okay, mari bercerita tentang makanan yang aku ingin itu.

Makanan pertama yang bermain di kepala aku sekarang ialah ketam kari.. Entah kenapa aku teringin sangat mahu makan masakan itu.. Aku ingat lagi tahun2 semasa aku masih belajar dulu.. Aku pernah makan ketam kari di kedai Dahlan, belakang Petronas Fasa 1 Bandar Baru Bangi.. Harganya hanya RM5.00 seekor.. Sesiapa yang pernah tinggal di Bandar Baru Bangi sekitar 1998-2002 akan tahulah kedai yg aku maksudkan ini.. Perghh! Sedap gila ketam tu.. Tapi sekarang kedai makan tu dah pun berpindah ke Kg Pandan.. Ehtah ada lagi atau tidak ketam kari sesedap itu. Dan makan punya pasal, Angela dah berjanji untuk temankan aku makan disana Jumaat ini. Yeay! Hehehe.. Harap2 adalah ketam tu.. ;)

Makanan kedua pulak, ikan sambal.. Aku ingat lagi pd zaman kononnya gerakan reformasi pada tahun 1999 dulu.. Hahaha.. Sebelum UBU wujud dan punya tempat sendiri, aku dan teman2 Gerak Lantang lain selalu berkumpul di ofis Isham yang terletak di Bangsar Utama.. Sesiapa yg familiar dengan Bangsar Utama pada tahun tu mesti teringat akan kedai2 warga Kelantan dan Thailand yang berderetan di tepi jalan menghala ke Maybank.. Penuh dengan gerai2 makanan.. Tapi sekarang semua tu dah takde sebab dah kena roboh dengan DBKL dah.. Kalau kalian masih ingat, dulu selekoh yang menghala ke 7-E tu ada 2 kedai makan (juga haram) yang menjual lauk pauk yg agak murah. Haaaa.. Disitulah mereka menjual ikan sambal yang paling sedap di dunia.. Hahahaha.. Ketika itu, harga seekor ikan sambal hanya RM2.00. Aku akan membeli ikan sambal setiap kali hendak berbuka puasa dan aku tidak pernah jemu.. Selepas dirobohkan, kedai makanan itu sudah berpindah ke Dataran Maybank sekitar tahun 2003. Tapi, tentulah hanya dibuka masa office hour aje ye tak? Jadinya.. Manalah aku boleh dapatkan ikan sambal itu di bulan2 puasa ini ya? :( Sedihnya...

Apa? Masak aje? Ceh... Mana sama.. Rasa dan feelnya tidak akan sama.. Even kalau disuruh tukang masak yang sama memasaknya pun, belum tentu akan sama seperti dulu.. Aapa yang aku inginkan sangat, masakan itu sama seperti dulu.. Aduh! Nostalgicnyaaaa!

Ohya, ada satu lagi makanan yang aku idamkan.. Meehun sup! Bukan meehun sup Tengkera kegemaran aku yang aku mahu tetapi meehun sup masakan mamaku yang dia selalu masakkan ketika aku kecil-kecil dulu. Hahahahahahaah.. Dulu aku kurus sangat dan tidak suka makan nasi. So, kadang2 waktu hujung minggu dia akan masakkan meehun sup yang sangat simple tapi sedap. Dah lama dia tak masakkan meehun sup sebegitu untuk kami adik beradik. Mungkin itu menu makanan anak-anak kecil barangkali..

Bodoh? Kenapa aku mahu makan makanan yang bertahun-tahun aku tak makan?

Suka hati akulah... Perut aku.. Tekak aku.. Dengki.. :P

Okay, aku nak gi masuk pantry nak makan keropok japs.. Huhuhu...

Khamis, September 06, 2007

Yeay!


Lama aku tunggu nak captured fireworks gini.. This is my 2nd time actually.. The 1st was masa new year eve kat The Curve dulu.. Masa tu aku hanya dapat captured asap dan kepala org jek.. :(

Ape-ape pun, thanx Bubba for the tips. Walaupun fireworks tu tak seperti yang aku expect, tapi ok lah.. Daripada asap, ye tak? ;) Cuma kesal sedikit bila Mukhriz tak mampu nak captured fireworks bentuk heart sebab cepat sangat hilang.. Huhuhu..