Khamis, Jun 28, 2007

Apabila yang membalas sms anda adalah seekor kambing!!~


Cilaka punya P

Mati2 aku ingat gf si B dah pregnant 3 bulan..
Mati2 aku ingat diorg ooopss & thats why nak kawen tahun depan..
Pantang betul aku org sebar gosip kosong! Guna hp A lak tuh..

Gampang betul kau ni.. Takde keje ke?

Yang paling sial aku plak dah sebarkan ke W tentang B dan gfnya..

Bodoh!

Sial P.. Kau siap kau.. Aku jumpa kau aku cubit bontot kau yang bulat tuh!

Woit A!!!~ Kau jagalah hp kau baik2 lain kali.. Nasib baik aku tak sms rahsia2 kerajaan kat si P.. Kalau tak, habislah aku tak dapat bertanding tahun depan macam si Jonah! Ooopsss.. Tersebut nama lak..

Blah lah!

p/s : P, mana kau belajar ayat sha la la??! Pungkek!

Selasa, Jun 26, 2007

Apa kami buat last sunday?


Kami pergi Titiwangsa, all the way dari Melaka untuk main tenis dan naik Eye on Malaysia.. Hahaha..

Gila? Di saat tak sampai dua minggu wedding day, kami masih punya masa untuk ini semua? Entahlah.. Aku pun tak tahu nak jawap soalan itu. Yang aku tahu, aku tak boleh duduk diam. Itu aje.. ;)

Bercakap tentang EOM ni, takdelah best sangat pon.. Pusing2 buat aku pening ajek.. Aku cuma nak rasa gayat je sebab aku memang gayat naik benda2 macam ni.. Tapi, mula2 masa dia berhenti betul2 kat atas, pastu bergoyang kuat, aku takutlah jugak.. Tapi rasa takut jadi hilang bila ada satu chinese couple depan aku berpelukan sambil bercium la pulak.. Hahaha.. Aku malu.. Bukan sebab ape, cuma aku tak tahan nak gelak bila tengok cara diorg bercium.. Terus aku terbayang cara Angela atau Jace bercium.. Atau cara George, Pijan, Navin, Charmaine atau semuanyelah bercium... Macam mana ek?Nguahahahahahahahahaha..

(senyum)

Oklah.. Nak sambung buat keje.. :P

Selasa, Jun 19, 2007

My Wedding Invitation

Bila?
7 July laah

Kat mana?
Pantai Puteri, Melaka..

Herk?
Yeahh.. Kononnya bitch er beach wedding..

Card?
Hermm.. Pergilah kat click kat tajuk tu. Aku dah upload di sana.. Jemputlah datang ya? Yang mana terperanjat tu, hehehehehe kalian terlewat! Gosip ini sudah tersebar 3 tahun lalu! :P

Jumaat, Jun 01, 2007

Kisah aku, anjing dan tayar kereta..

Semalam aku nyaris berlanggar dengan anjing sekali lagi.. Hermm.. Apa yang aku mampu buat semalam, menekan brek kereta dan menjerit dengan sepenuh hati.... Anjing tu? Meneruskan lintasannya dengan muka toye sambil menghirup udara petang yang nyaman dengan poyo sekali.

Hanjing betul! Nasib aku tak bawak laju..

Dulu pernah sekali semasa aku juga nyaris melanggar seekor anjing yang tiba2 melintas jalan, aku betul2 panik. Bunyi brek tayar yang sangat kuat buat aku rasa betul2 macam nak mati.. Aku betul2 tak sangka, anjing tu akan melintas secara tiba-tiba bila mana ketika aku memandu dalam keadaan laju.. Apa aku buat? Aku tekan brek kuat2 sambil pejam mata.. Bila kereta dah betul2 berhenti, baru aku bukak mata dan tengok anjing tu dah selamat melintas jalan.. Dahle tu, anjing siap padang serong je kat aku sambil buat muka toye setoye mungkin. Macamlah aku plak yang lintas jalan tak toleh kiri kanan! Hanjing betul! Nasib jugak kereta belakang aku pun sempat brek.. Kalau tak, berdarah bontot keta aku hari tu! Cilaka betul anjing tu..

Aku pernah jugak melihat beberapa kereta yang tidak sempat menekan brek lalu melanggar beberapa ekor anjing toye yang melintas jalan. Aduh sedihnya tengok binatang comel toye itu dilanggar.. Sangat sedih. Maklumlah, aku amat sayang kepada binatang berkaki empat dan berbulu.. hehe.. Seumur hidup, aku tidak pernah melanggar mati anjing mahupun kucing.. Tetapi, aku pernah melanggar mati seekor ayam.. Padan muka dia, siapa suruh lintas tak tengok kiri kanan. Takpe, aku pun tak suka binatang spesis burung ni.. Entahle, muka diorg tak comel dan takde emosi.. Hahaha..

Berbalik kepada cerita anjing ni.. Orang kata, kalau anjing atau kucing melintas jalan, jangan hon.. Nanti diorg patah balik lagi susah.. Aku pernah cuba hon, diorg dah sampai bahu jalan, boleh nak patah balik ke seberang jalan sebab terperanjat. Bodoh betul.. So, baik jangan hon. Beri aja laluan kepada mereka..

Tetapi, menjadi masalah besar jika mereka2 ini melintas secara mengejut... Herm.. Sakit hati, tuhan aje yang tahu. Penyakit darah tinggi atau sakit jantung pun tak macam ni punye tensyen.. Korang bayangkan, aku tengah syok2 dengar lagu sambil nyanyi kuat2.. Tetiba, "Ocopot hawau!!" Jerit aku..

Apa?? Aku bekerja di ceruk mana ya, kenapa terlalu banyak anjing??

Biasalah.. Kampus baru aku terletak jauh di tengah2 ladang kelapa sawit kat Melaka ni.. Yelah kan, dulu UM dan UKM sume tu masa baru bina, korang ingat PJ dan Bangi tu bukan kampung ka? Bukan hutan ka? Tolong sikit.. Bezanya disini, kawasan ladang kelapa sawit yang mostly penduduknya berketurunan India, so dah tentu banyak anjing.. (Tapi aku rasa sekarang dah kurang sebab banyak yang mati kena langgar sejak kampus aku dibuka 2 tahun lepas.. Hehehe)

Tapi, aku terfikir juga.. Sampai bila nasib menyebelahi aku? Menggunakan brek secara mengejut amat berbahaya kepada aku dan juga anjing itu. So, apa perlu aku buat?

Herm.. Memandu dengan lebih perlahan.. But hey, jalan ke kampus sudah ditar baru korang tau tak? Sikit punya best sebab besar dan takde lubang-lubang lagi.. Mana tahan nak bawak slow.. Nanti rempit buli.. :P

Apa? Lalu jalan lain??

Ni korang kena tanya Ali Rustam! Jalan utama tak siap2 dah bertahun2 sebab diorg lebih sibuk mahu menyiapkan stadium utama. Alkisahnya, tahun depan kami jadi tuan rumah untuk acara sukan antara IPTA kat Malaysia ni.. Bodoh betul! Jadinya, samaada aku terus membotakkan tayarku atau langgar sahaja anjing itu..

Errrmmm... Boleh?