Selasa, Mei 29, 2007

Ngantuknya aku


Aku sangat tension. Kerja sangat banyak memandangkan result final exam sudah keluar dan aku perlu menyemak satu-satu pelajar final yang ada masalah untuk grad.. Huwaaaa... Aku betul2 tak tahu mana satu nak buat dulu dan mana satu nak fikir dulu. So, aku ambil masa utk break lalu menaip disini..

Tapi, pada masa yang sama aku sangat mengantuk. Aku sudah makan terlalu banyak. Nasi goreng kampung, bubur ayam McD, double cheese burger, fries dan air coke. Untuk perut yang kecil dengan berat badan hanya 43 kilo ini aku rasa itu semua terlalu banyak dan aku pun tidak percaya bagaimana aku boleh habiskan semua itu dalam masa 2 jam ini.. Aku tidak selalu makan sebegini banyak. Untuk menghabiskan sepiring nasi goreng pun dah beri masalah pada aku.. Jadi, aku terlalu kenyang dan terlalu mengantuk. Ah!! Mata pedih gila ni..

Paling aku tensyen, aku perlu menghabiskan laporan tersebut sebelum jam 5 petang ini. Kimak betul..

Sepatutnya aku dan bos aku perlu duduk berbincang bersama. Lebih mudah dan cepat tapi, sejak pagi batang hidung dia pun aku tak nampak. So, aku kena buat semua seorang diri.. Kimak lagi..

Huwaaaarrrggghhhhhh! Ngaaantuukkknyeeeeeerrr...

Isnin, Mei 28, 2007

Aku kehilangan barang



Sial betul.

Aku ada dua barang yang aku pakai hari-hari.

Satu di tangan kiri, satu di tangan kanan.

Pulang kerja, dua2 aku letak di tempat yang sama. Di atas dressing table yang penuh dengan ntah ape-ape yang terletak di sudut bilik aku yang bersepah macam tongkang pecah.

Tapi kimak betul, dah 2 3 hari yang dipakai di tangan kanan sudah hilang. Aku yakin aku letak di tempat yang sama malam tu! FUCK!!

Mana pegi? Takkan kucing aku gigit pastu tertelan? (Macam Shammir tertelan cover battery speedlight aku semasa dia mabuk selepas Wantong duduk atas Mukhriz) Hahaha.. (bodoh)

Atau terjatuh dari dressing table aku lalu tergolek ke bawah katil??

(Korang cakap) Pergilah cari perlahan-lahan.. Mesti jatuh bawah katil.

Ah! Aku sibuklah.. Mana ada masa nak kemas bilik..

(Korang cakao lagi) Aku suruh carik barang tu, bukan kemas biliklah bodoh!

Hermm.. Korang pernah cari barang hilang di dalam bilik yang penuh dgn barang2 yang bersepah tak? Jumpa tak? Hangin ke tak? Tekanan jiwa tak?

So, aku takde masa nak kemas bilik dan mencari barang tu.........

Tapi, aku rasa kehilangan sebab dah tiga tahun lebih dia dengan aku.. Rasa tangan kanan jadi cacat.. Tak cantik.. :(

Aku nak cari, tapi malas dan takde masa..

Wynn kata, itu balasan sebab aku tak patut pakai barang tu lagi..

Tapi aku jawap, orang tu halalkan..

Wynn kata lagi, alaaa.. biar aje..

Angela plak kata, sayanglah... Simpan boleh buat harta bila tua..

Bi kata, Alaaaaa... Nak yang barulah tu!

Kucing aku kata, Buurrrppp! Alhamdulillah..

Aku lak kata, ade sesape nak buat part time? Kemas bilik aku dan cari barang tu? Sila PM! :D

Rabu, Mei 23, 2007

Gaji naik?



Gaji kakitangan kerajaan naik antara 7.5% hingga 45% daripada gaji pokok semasa. Bagi aku, memanglah aku suka sebab aku antara beratus ribu kakitangan awan dalam Malaysia ni kan? Walaupun tak sebanyak gaji kawan aku yang bekerja swasta tapi okaylah. Lepas jugak bayar duit kereta dan kredit kad yang melambak2 tu.. Cuba lihat gambar, inilah aku sebelum gaji naik. Terpaksa part time jadi penarik beca kat Kampung Jawa.. Huhuhu..

Tapi, ada jugak kalangan kawan2 aku yang suka perli tentang produktiviti kakitangan awam yang kebanyakkan malas dan lembab, tapi gaji nak mahal.

Memang betulnya, aku setuju dengan kata-kata dia tu tetapi, bagi aku, tak semua kakitangan kerajaan lembab dan malas. Hermm.. Sebenarnya sistem itu sendiri yang membuatkan ia jadi lembab dan kadang2 tak bergerak langsung. Biasalah manusia, selalunya suka nak settle benda2 penting last minit. So, bila tak boleh settle satu-satu hal itu dalam sehari, kamilah yang menjadi mangsa. Bukan kami malas, tapi korang bayangkan. Contohnyalah, seorang pelajar aku datang memohon surat akuan pelajar untuk cari kerja. Dia datang jam 11.00 pagi contohnyalah kan. Ada 2 jam sebelum waktu makan tengahari. Actually, surat itu mudah sahaja nak disediakan tetapi yang menjadi masalah orang yang perlu menandatangani surat itu, hanya dekan sahaja sebab dekanlah pegawai tertinggi di fakulti, betul tak? Kalau nak suruh aku sign boleh jek, tapi surat itu tak menjamin apa-apa bila pelajar itu gunakan untuk meminta kerja (sementara scroll degree belum dapat) Hey, sekarang ni, surat akuan pelajar amat penting bagi pelajar-pelajar aku. Mereka ni kebanyakkan dah dapat banyak tawaran temuduga sejurus selepas peperiksaan akhir berakhir. So, sementara nak tunggu grad dan dapat scroll, surat itulah yang mereka gunakan untuk mencari kerja.

So, apabila benda yang simple macam ni perlu melibatkan banyak pihak, disinilah kelembapan terjadi. Pelajar tak akan perlu tunggu lama jika dekan ada di fakulti serta punya masa untuk sign surat2 itu on the spot. Tetapi, jika dalam masa 10 -15 minit, ada seorang pelajar datang untuk buat surat dalam masa sehari, kalau aku jadi dekan, aku pun marah nak sign surat setiap 10-15 minit kan? Adalah lebih baik kalau surat2 itu dikumpulkan sekaligus, dan dekan aku akan menandatanganinya sekaligus, lebih efisyen dan mudah. Makanya proses ini akan mengambil masa 2- 3 hari bagi mengumpul sekaligus surat untuk pelajar - pelajar tahun akhir. Jadinya dalam masa seminggu dekan aku akan hanya menandatangi surat-surat pelajar sebanyak 2 kali. Tetapi, ada juga pelajar yang tidak sabar, selalu membuat kerja di saat2 akhir. Esok nak interview, baru harini nak mintak surat akuan pelajar. Bila dekan tiada di pejabat, mulalah merungut. Lembablah, kerani malaslah.. Inilah masalah melayu. Buat kerja last minit. Selalunya yang bermasalah begini pelajar lelaki melayu yang konon macho, tapi bodoh! Dah terdesak, baru nak buat itu ini. Dah nak berak, baru nak gali lubang..

Siapa yang lembab sekarang? Pelajar ke pihak pengurusan?? Tapi, seperti biasa kakitangan awam juga yang dipersalahkan..

Itu hanya contoh kecil aku aku boleh beri memandangkan aku bekerja di universiti awam. Masalah lembab atau malas ini sebenarnya tak boleh persalahkan satu pihak sahaja.. Sepanjang aku kerja disini, boleh dikira dengan jari bila aku keluar minum pagi (keluar kampus). Aku lebih suka makan di mejaku mengadap komputer sambil menulis seperti sekarang. Memang aku akui ada kalangan teman2ku yang keluar berjam-jam minum pagi. Keluar shopping ke Jusco pada lunch hour.. Dan itu yang membuat aku menyampah dengan mereka. Orang-orang malas macam inilah yang memburukkan nama penjawat awam termasuk aku sekali.. Sial!

Aku tak macam tu.. Untuk drive keluar mencari lunch pun aku malas. Sepanjang 3 tahun lebih aku kerja sini, hanya 3 4 kali je aku ke Jusco durinf ofis hout, itupun hari jumaat. Aku memang sangat malas sekarang. Hahaha.. Ye, Memang aku makin malas sekarang. Baju pun hantar dobi. Bilik lama tak kemas.. Nak beli makanan pun malas.. Hey, tapi kalau kerja, aku kerja ok.. Cuma bos aku selalu komplen aku degil Tak suka dengar cakap dia. Yelah, dia suka beri arahan untuk buat kerja dengan cara lembab dan tak praktikal. Aku lebih suka guna cara aku yang lebih cepat dan praktikal. Yang penting, tak menyusahkan aku serta cepat siap!

Biarlah dia nak kata kau degil ke ape ke, mak aku pun cakap aku degil. Bf aku cakap aku kepala batu. Lantakla, tapi yang kepala batu inilah yang korang sayang! :P

So, kenaikkan gaji ini aku harap akan merubah persepsi juga perangai2 buruk kakitangan awam yang malas. Tapi, ada juga baiknya bagi kerani2 yang bergaji bawah RM1000 setiap bulan. Kenaikkan gaji ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka. Tapi, kimak-kimak peniaga dah mula naikkan harga. Wey! Korang ingat semua orang dalam Malaysia ni kakitangan awam ke??! Sengal!

Dan aku juga harap, polis-polis yang dapat kenaikkan gaji tertinggi tu jangan lagi makan rasuah! Jangan lagi tgh2 bulan kalau dah sengkek tu gi buat roadblock sana sini carik duit! Berubahlah.. Sampai bila nak bagi anak bini makan duit haram...

Aku? Yelah.. Yelah.. Aku akan berusaha untuk kumpul duit.. Nak beli 18-200mm VR lens! Nguahahahahahahahahahahaaaaaaaa...

Selasa, Mei 22, 2007

Bila Pijan melompat


Semenjak Pijan aktif balik main band dan ada gigs sana sini, tiba2 aku terjebak pulak menjadi OP kepada Gasoline Grenade - band kepunyaan Pijan, Man, Joe dan Mirdza. Aku pun tak tahu sebenarnye tapi bila ternampak gambar aku di myspace band ini dan ada caption as a OP, dengan muka gediks pegang balloon dlm club.. Hahaha.. Macam tak sesuai jek berjawatan OP sebuah band punk rock! Aku tertawa besar..

Tapi tak kisahlah kan, Pijan pon kekasih kepada kawan baik aku dan aku pulak kekasih part time kepada kekasih si Pijan tu. Hahaha. So, mana band Pijan main, situ aku ada..

Dan ni, salah satu gambar bodoh dari aku. Pijan suruh shoot bila dia lompat. Tapi that day dia cuma lompat sekali je, itupun masa aku facing bontot dia.. So, inilah hasilnya. Tapi aku tetap suka gambar ni sebab memang aku suka dengan bontot lelaki yang montok dan lonjong. Ngeeee...

Sorry Pijan, next time aku amik angle depan ok? Jangan marah.. Nanti aku superimpose baru tau..

Isnin, Mei 21, 2007

Kalau sakit, makanlah panadol!

Kepada orang sakit yang mencuri2 baca blog aku ini, mencuri2 melihat foto-foto aku di fotopages, mencuri2 lihat friendster dan myspace atau segala bentuk web percuma (nasib baik domain aku belum siap kalau tak, mesti listed jugak) yang aku telah registered.

Tolonglah, get a life!

Jangan lagi kau copy ape yang aku taip disini lalu paste di blog engkau lantas terus meracau dan meroyan tak tentu pasal, sebut pasal UBU lah, polis lah, samseng lah, politik lah, kau baca banyak buku lah, kau bukan dayus lah, kau itulah inilah.. Tolonglah! Aku tidak mahu lagi sebarang bentuk kaitan di dalam blog engkau, kerana aku tidak suka ada kaitan dengan engkau. Faham? Aku bosan. Yang lebih penting, kalau ade orang google salemlight atau marcia marchi atau pasal ubat jerawat, nanti akan link ke blog engkau lalu bersangka kita adalah sahabat. Oh tidak.. Mimpi yang terlalu ngeri..

Jangan juga mencuri gambar-gambar di fotopages aku. Aku paling marah dengan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar aku tanpa kebenaran kerana itu hasil camera yang aku beli dengan duit aku sendiri dan bukan percuma, jadi aku rasa aku patut tegakkan hak aku yang satu ini. Walaupun aku masuk gigs itu tanpa sebarang bayaran, itu tidak bererti engkau juga boleh mengambil gambar-gambar itu sesuka hati tanpa sebarang kebenaran dari aku. Dan aku rasa, tidak salah engkau meminta izin dari aku sebelum kebas gambar2 itu. Aku amat fleksibel tentang ini.. Kalau nak, cakap. Jangan kata gambar, esok engkau kahwin pun aku boleh cover free! Hey, anarkis seperti engkau takkan susah sangat hendak faham pendirian yang simple ini? (kononnya anarkis laaaaaaaaahh) Aku cuma minta kau delete gambar itu. Kerja mudah tetapi kau membalasnya dengan kata-kata yang sungguh membayangkan diri kau sendiri. Terima kasih..

Kau meroyan kerana hanya kerana aku pertahankan hak aku itu dan terus melabel aku sebagai photographer sampah! Kau terlalu banyak menonton Akademi Fantasialah saudara.. Sampah? Battery speedlight aku pun kau tak mampu beli dengan sebulan gaji kau! Haa.. Kan dah kena..

Tolonglah. Aku sendiri tidak pernah lagi mengaitkan nama dan blog engkau disini. Jikalau ada apa yang aku tulis disini buat kau terasa, nasiblah!

Kalau kau pakai spec dan ada jerawat batu kat muka, oklah. Kau boleh terasa. Padan muka.. Sape suruh baca ape aku tulis.. Dan lebih penting, sape suruh tak pakai ubat jerawat??!

Oh ya, kau melibatkan UBU dalam masalah engkau ini. Tindakan yang sangat melucukan. Tolonglah berfikiran matang selaras dengan kenyataan engkau bahawa engkau ni bijak dan membaca banyak buku! (LOL) Apa kena mengena urusan kau mencuri gambar aku dengan UBU? Dengan polis yang kau tak takut langsung itu? Kau memang pandai membuat lawak! Ohya, orang UBU bukan setakat pandai ambil gambar, kami juga pandai posing engkau tahu? Hahahaha.. Bagus! Kau study banyak tentang UBU.. Hehe..

Satu lagi, kau hanya berani meroyan di dalam blog dan setelah aku selamat hilang dari mata kau. Selama berjumpa aku di lostgen dan cafe, kenapa tidak masa itu kau jeritkan di depan muka aku bahawa aku ini seorang photographer sampah?! Takut ya? Kelepir? Memandang muka aku pun engkau tidak berani! Pengecut!

Oklah oklah.. Aku minta maaf lagi kerana buat kau terasa pasal jerawat atau ape saje berkaitan dengan kekacakkan.. Aku suka marah sambil bergurau, kerana sesiapa yang rapat dengan aku akan tahu aku ini perempuan yang bagaimana. Mungkin kau boleh baca satu buku tentang perempuan dan blog. (sengih)

Dan, kalau nak copy paste yang ini. Ok gak. Atleast aku tahulah, kau ni memang betul2 tak faham bahasa.. Maybe aku patut menulis dalam bahasa inggeris. Yelah kan, kau kan golongan bijak pandai..... Tentu kurang fasih berbahasa melayu. Atau aku patut menulis dalam loghat terengganu. Herrm.. Aku perlukan bantuan Abrocore untuk ini.. Hahaha..

Sudahlah!

Cheers!~


Bluuuweeeekkkk!!

Jumaat, Mei 18, 2007

Jonah dan telefon bimbit bentuk kalkulator



Aku terima panggilan dari Jonah, dia ajak keluar makan roti john petang tu. Tapi malang nasib, pergi serata Melaka, tapi kebanyakkan kedai roti john yang sedap semua tutup. Malang betul nasib Jonah. Last2 end up dekat Klebang yang roti johnnya rasa macam roti telur masakan kucing aku!

Ok. Yang penting sekarang aku dapat borak2 dengan Jonah lepas setahun lebih tak jumpa dia. 22 April 2006, itu hari terakhir aku jumpa dia itupun tak sempat bergosip lama sebab hehe, wife dia ada..

Jonah masih macam dulu, kepala besar, jalan mesti kepala dia senget.. Pastu, kelam kabut! Nak pilih gerai makan roti john kat Klebang tu sikit punya susah. Aku biarkan aja dia buat pilihan. Tapi macam hawau kalau dah duduk, dia boleh bangun balik ajak makan kedai lain. Waiter tu jeling macam nak terkeluar bijik mata. Laha kan?

Takpe, aku ikutkan jugak. Maklumlah tetamu...

Tiba-tiba aku bercerita semua tentang kawan-kawan kami. Sampai masuk soal blog ni kerana ada 2 3 orang yang aku betul2 lama tak jumpa, tetapi aku bertemu di sini, di blog ini.

Jonah jerit "Ape??! Kau pun ada blog jugak Sha?!"

Aku terfikir.. Ha ah ek, aku pun ada blog jugak. "Blog aku lebih pada nak taruh gambar2 travel akulah" Aku bela diri.. Hahahaha.. Ya kan, tujuan aku buat blog ni pertama sekali dulu untuk cerita pasal percutian aku dan letak gambar2 aku di Bali. Tapi lain jadinya. Kerana Blog ini jugak sekarang aku sakit hati dan hampir kena darah tinggi kerana server macam sial!

Jonah kata lagi "Orang buat blog tu kau tau tak? Nak glamer ajek"

"Ye ke? Hahahahaha.. Yelah kot.. Black glamer ape dengan blog dia tu... hahahaha" Jonah tak ketawa pun tapi dia jerit lagi "Ohhh.. Black glamer ek?" Buat muka takde perasaan..

Ah malas aku nak layan dia, kalau bercakap memang putar2 belit2.. Last aku tak paham ape dia cakap, dan dia tak dengar ape aku cakap!

Dan aku tukar topik dengan melihat hp kepunyaan Jonah. Hahahaha.. Macam kalkulator.. Hahahaha.. Pelik betul aku tgk bentuk hp tu. Ceh! Kalau bagi free pun aku tak pakai.. :P

Herm.. Sebenarnya tujuan aku menulis ni bukan nak mengutuk hp Jonah, takdelah. Cuma, bila aku nak tidur malam tadi, laju kotak memori otak aku ingat balik pada tahun 1999. Pada Bangsar Utama.. Pada tempat pertama yang disewa UBU, pada kedai mamak mydin, pada abang penjual gerai runcit, pada mek2 gerai2 kelantan dan siam yang terbina berderetan kat situ, pada kucing2 yang pernah hidup dan mati di situ.. Semua aku teringat. Zaman comot dan zaman ponteng kuliah serta zaman reformasilah kononnya.. Zaman pakai seluar jeans tak berbasuh berbulan2. Zaman pakai sneakers (sebab senang nak lari bila demo) Zaman tido pukul 6 pagi dan bangun pkl 5 ptg.. Semua kawan2 aku teringat, aku rindukan. Ada antara mereka yang sudah tidak ada di dunia lagi, ada juga yang sudah hilang entah kemana, ada yang sudah jadi warganegara di tempat lain (Jace, aku tak cakap kau ek?) ada yang sudah jadi mak, ade yang sudah jadi bapak, ade yang sudah jadi 'orang kaya' dan ada jugak yang masih setia, di Bangsar Utama. Rahmat, i miss u!

Aku? Lagi hebat... Hahahahaha.. Hebat kepala otak!

Dan aku harap sangat mereka2 yang aku ingati itu, dapat hadir ke Melaka, pada july 7, 2007 ini. Aku mahu jadikan hari itu sebagai gathering besar-besar antara aku dan teman2 aku yang aku kenali seluruh dunia. (Kalau bolehlah). Dari kawan2 sekolah yang mostly semuanya thanni kupek, kawan2 KTR, kawan2 satu universiti dulu, kawan2 tempat kerja lama dan sekarang, kawan2 alam maya aku, dan juga kawan2 lama terutama yang masih hargai persahabatan aku dan mereka lagi.

Yang lupe tu, gi mampus lah!

Yang tak lupe, dan masih mengingati aku.... Aku sayang semuaaaa!~ Muaacchhss!



Ni late of Atek.. Kepada kwn2 lama yang kenal Atek, dia dah tak ade, aku paling sedih atas kematian dia..

Jaga baik!

Amboi.. Sedapnye mengata aku setelah kau mencuri hak milik aku. Jaga baik, aku jumpa kau di cafe atau di mana2 sekalipun, aku nak tumbuk kau!

Jangan fikir badan aku kecik, tangan aku kecik, aku tak boleh tumbuk orang?

Kalau tak boleh tumbuk, aku tendang..

Tak boleh tendang, ok senang, aku tonjol aje kepala kau! Biar spec bodoh kau tu pecah lagi. Biar jerawat batu dekat muka kau tu 'rata' sket!

Bangsat!!

Khamis, Mei 17, 2007

Kisah aku dan sendawa

Aku boleh terima jika ada orang sendawa (menghadap muka aku) tetapi dengan excuse secara sopan dan as long tidak mengeluarkan bau makananlah kan? Tetapi, kalau tgh2 briefing, depan boss plak tu, dia asyik sendawa tak henti2 serentak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, malaikat pun lari betul tak? Aku bukanlah seorang manusia yang cerewet sangat bab2 tatasusila ni sebab aku pun selalu je selamba kalau nak kentut depan boyfriend atau kawan2 baik aku.. Lantakle kan sebab aku pun selalu kena kentut dengan diorang.. Siap dapat bau lagik.. Hahaha.. Ape? Aku pengotor? Heelllooo.. Kentut adalah lebih baik dr sendawa ok? :P

Ok, berbalik pada cerita staf aku yang sendawa tak henti2 tu.. Aku punyelah tak boleh tahan sampai terpaksa tegur dia. Alasan dia, "Anginlah kak". Angin, angin! Makan sikit punye tak henti2 pun angin lagik? Aku tak kisah kalau dia sendawa tutup mulut atau kurangkan sikit bunyi tu, taaaaaapppi... Bunyi sikitlah punye kuat, sendawa selang 10-15 saat dengan mimik muka plak tuh! OMG! Sakit aku dibuatnya. Tak cukup dengan itu, sambung plak sendawa di tempat aku kala aku sedang menikmati nasi goreng aku untuk breakfast. Tak sabar lagi, aku terus marahkan dia.. Tapi dia boleh buak deeeeek ajek.

Lebih menyakitkan hati ketika sekali lagi dia datang ke tempatku semasa aku sedang menikmati makanan tengah hari, dia boleh mengadu sakit perut dan hendak terberak!

Sial sungguh perasaan aku hari itu.......

Aku mengadu kepada temanku malam tersebut sambil menuju ke tandas di Dataran Pahlawan yang kebetulan tiada orang yang masuk oleh kerana sudah lewat malam melainkan aku seorang. Temanku hanya tunggu diluar sambil menghisap rokok.. Semasa sedang membuang hajat, aku terdengar orang sendawa dengan kuat seolah-olah seperti mahu muntah akibat mabuk.. Aku terkejut lalu keluar, memandang kiri dan kanan tandas yang kecil itu dan aku pasti memang tiada orang di dalam tandas itu kecuali aku seorang!

Terus aku keluar dari tandas perempuan itu lalu menuju ke arah temanku yang sedang menunggu di luar dan terus memarahinya

"Sendawa ek??!"

Dia jawab dengan suara yang agak keras tanda membela diri "Mana ada!"

Aku tak puas hati, "Ada nampak orang masuk tadi?"

Dia jawab lagi sambil sedut asap rokok "Tak ade orang masuk pun"

"Tadi ada dengar orang sendawa kuat, tapi kat dalam takde orang pun" Aku kerut dahi.

"Tulah, pikir sangat lagi pasal sendawa, sekarang dah kena kacau hantu sendawa.. Haaaa.. Tak tahu.."

Aku jeling dia sambil jalan pulang..

Rabu, Mei 09, 2007

Ucapan penghargaan





Seperti semua maklum, ini memang dah jadi upacara wajib aku dan Angela pada bulan May setiap tahun.

Buat semua teman2 rapat yang menghadiri birthday gathering aku dan Angela pada 5 dan 6 May yang lalu, aku ambil kesempatan ini untuk rakam ucap terima kasih atas kesudian kalian datang merayakan bersama-sama aku meskipun tempat perayaan jauh di ceruk Port Dickson..

Buat Angela, thanx sebab berjaya jugak mencari sebuah bungalow for the very last minute.. Buat Jacelyn, terima kasih.. Sekali lagi kamu bawakan cake yang kami memang dah tahu mesti ade punye.. nguehehehe.. Buat Wantong, terima kasih kerana marinatedkan ayam dan bbq sampai habis hingga lebam2 tangan.. Buat Bi, terima kasih juga sebab dapat luang masa dan jadi runner bila barang2 kehabisan stok juga membbq kerang dengan sedap sekali.. And also for the present.. Thanx, I love it.. Buat Albert and Annette, thanx for the bottles and present. Love both of u.. Buat Raymond and gf, u promised me the present today.. Ihiks, ohya, thanx for coming and u the one yang start nyalakan api for the bbq. Yang lain malas sebab sebok thanni esp. Navin! Thanx dear.. Buat Basil, thank for coming for that early untuk set up the place. Buat Navin and Davon, thanx for coming all the way from Malacca serta sudi menjadi penaja transportation untuk Vignesh, Jace, Julia serta barang2 BBQ.. Really love u much.. Buat Julia, yeah, Im waiting for my present too.. Hahahahaha.. Buat Kavin, thanx darling for ur kindness, drinks serta menjaga orang-orang yang tiba2 menjadi kurang upaya selepas 12 midnite.. hahaha.. Buat Shamir, tak sangka mahu datang dan bawa JD, thank you.. Buat Pijan dan Mirdza, thanx for coming dan boleh tahan dengan 'situasi' di PD..

Terima kasih yang tak terhingga juga buat Qimie dan Irda yang sudi datang dan tak stay overnite plak tu.. Dan sudi plak menjadi photog tak berbayar memandangkan my official photog that nite sibuk bakar ayam lah.. Haha.. Thanx to both of u.. Sayang sangat.. Jangan serik nak join the party lagi ye.. Ohya, Irda, Kavin send his regards to u.. Dan ur regards, sudahpun i sampaikan dengan selamat ke telinga Kavin dan dia merasa sangat 'perasan'.. Terus senyum tak henti-henti malam tu.. Hahaha..Ohya, he ask for ur phone number.. Ohya, at last ada 2 orang photog main kejar2 ye dengar cerita... Ammbboiiii.. Huhuhuuu..

Buat Isham, kau mungkir janji… Setiap party yang kau anjurkan aku tak pernah lupa untuk datang… Aku haramkan kaki aku menjejaki Bau Bau CafĂ© selama sebulan!! Aku merajuk!!! Blah lah kau! Kimak!!

Buat yang call dan hantar ucapan selamat ulang tahun, terima kasih banyak2 dan maaf kerana aku tak sempat nak reply.. Semoga tahun depan takde lagi party2 mcm ni, aku nak goyang kaki jer.. (senyum) Aku dah letih mengemas tuhari! Pagi tu, halaman luar tu tak ubah macam tsunami! Yeaaa.. I miss George soooooo much.. Sangat tak best sebab dia takde..

Dan juga buat semua yang tak berkesempatan untuk ke majlis itu, maaflah.. Adalah di luar kemampuan aku untuk menjemput semua teman2 yang aku kenali.. Maaf banyak-banyak dari aku untuk kalian..

Last but not least, thank you very2 much……… Muaaacchhhsss untuk semua..

Sayang selalu,
Marsha

Khamis, Mei 03, 2007

Patutke aku yang kena marah?

Telefon aku berbunyi,

Mama : Dik!! Kau tak masukkan Baby dalam rumah ek tadi??

Aku : Herk?? Mana ada.. Dah masuklah, dia keluar balik ikut tingkap kot?

Mama : Takdelah.. Tingkap ok jer. Tak terbuka pon.. Kesian dia kau tak masukkan, dia lapar kat luar.. Ni tengah nangis ni.. (aku dengar suara Baby mengeow dengan sangat kuat)

Aku : Mana ada... Dia kat dalamlah tadi..

Mama : Mesti kau tak tengok betul-betul.. Lapar si Baby ni kesian dia.. (Sambung membebel sambil letak phone)

Cet! Aku plak kena marah? Herk! Inilah dikatakan, kucing disusukan anak sendiri mati kelaparan.. hampehs punye Baby, pandai kau cover tutup tingkap balik ye? Dah pandai panjat keluar tak pandai masuk balik. Hawau punya kucing! Aku plak kena marah..

Kau jaga baik, balik kang aku tarik ekor kau!! Tarik kuat2 pastu lambung kau straight keluar balkoni! Pastu aku toreh hidung kau buat tattoo muka tikus! Padan muka!! (Errrr... sanggup ke?)